“RM10 dari kita, sangat bermakna untuk mereka…”
“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR At-Tirmidzi)
PROJEK INFAQURAN QASEH BORNEO (SABAH)
Infaq Dana Operasi & Pembangunan Fasiliti Pendidikan Al-Quran Di Sabah.
Kempen tajaan ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu pembangunan fasiliti pendidikan Al-Quran di Sabah, khususnya di kawasan pedalaman yang serba kekurangan.
Antara fokus utama kempen ini adalah:
Menaik taraf bangunan pembelajaran daripada struktur kayu usang kepada bangunan yang lebih selesa dan selamat.

Menambah kapasiti ruang pembelajaran daripada satu blok kepada dua blok, dengan sasaran jangka panjang sehingga empat blok.![]()
Menyediakan kemudahan asas yang lebih baik untuk pelajar tahfiz.

Menyokong operasi pembelajaran Al-Quran secara berterusan.
Usaha ini bukan sahaja memberi keselesaan fizikal kepada pelajar, malah membantu melahirkan generasi pewaris Al-Quran yang lebih berkualiti.
INFO AS-SIDDIQ QURANIC CENTER
As-Siddiq Quranic Centre telah ditubuhkan pada tahun 2024 sebagai sebuah platform yang memfokuskan kepada pembangunan pendidikan Al-Quran dan kebajikan ummah.
Sebelum ini, pusat ini beroperasi dan menjalankan aktiviti di kawasan Cheras.
Kini, ibu pejabat (HQ) As-Siddiq Quranic Centre telah berpindah dan beroperasi di:
Menara Arina Uniti, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Perpindahan ini adalah sebahagian daripada usaha pengukuhan organisasi bagi memperluaskan gerak kerja dakwah, pendidikan dan kebajikan secara lebih tersusun dan profesional.
KONSEP INFAQURAN QASEH BORNEO
PERKEMBANGAN SUMBANGAN & PENCAPAIAN
Sejak penubuhan, As-Siddiq Quranic Center telah melaksanakan pelbagai inisiatif sumbangan dan program pendidikan Al-Quran.
Antara pencapaian utama termasuk:
✅Pelaksanaan program infak dan tajaan bahan pembelajaran Al-Quran.
✅Tajaan buku Makhraj Huruf kepada pelajar tahfiz.
✅Pencapaian tajaan sehingga 1,000 naskhah buku, dengan anggaran nilai sekitar RM50,000.
Pengagihan sumbangan terus kepada pelajar dan institusi tahfiz yang memerlukan.
Kesemua aktiviti ini telah didokumentasikan melalui rakaman gambar dan laporan sebagai bukti ketelusan dan amanah dalam pengurusan sumbangan.
Infaq Quran Qaseh Borneo
Tajaan buku Makhraj Huruf
Infaq Quran
Galeri Aktiviti & Sumbangan lain
RAYUAN DANA INFAQ
Setiap sumbangan infaq anda amatlah bermakna untuk mereka.
“Semoga Allah memberikan pahala atas apa yang engkau berikan, dan memberkati harta yang engkau simpan, serta menjadikannya pembersih (dosa) bagimu.”
Pakej Imam
Pakej Makmum
Pakej Seikhlas Hati
” Sebaik-baik kamu adalah mereka yang belajar Al Quran dan mengajarkannya”
Hakcipta Terpelihara Assiddiq Quranic Centre @ 2026

